Use your ← → (arrow) keys to browse
Bukan semua istana di dunia ini bakal menerima putera sebagai Raja mereka kerana ada juga yang berfikiran moden dan menukar akta pewaris. Lalu memberi ruang kepada anak sulung yang sah baik putera atau puteri sebagai pewaris seterusnya. Ini adalah tiga puteri mahkota yang bakal naik takhta menjadi pemerinta istana masing-masing.
Duchess of Brabant, Puteri Elisabeth
Elisabeth yang diputerikan pada 25 Oktober 2001 adalah anakanda sulung kepada Raja dan Permaisuri Belgium sekarang. 10 tahun selepas kelahirannya, Belgium memperkenalkan akta pewarisan baharu yang mana anak pertama diraja yang sah berhak menduduk takhta. Selepas ayahandanya menjadi raja Belgium sekarang, Puteri Elisabeth kini menjadi pewaris paling utama sebagai pemerintah raja seterusnya. Jika dia bakal naik takhta, Duchess of Brabant ini akan menjadi permaisuri raja yang pertama buat Belgium. Kini Puteri Elisabeth sudah memikul jawatan Duchess of Brabant, satu gelaran hanya buat pewaris utama diraja Belgium.