Tiarasa Escapes Definisi Percutian Mewah Glamping - Glam Malaysia

Tiarasa Escapes Definisi Percutian Mewah Glamping

Keluar dari hiruk-piruk kota dan kembali bertemu alam semula jadi. Tiarasa Escapes menawarkan pengalaman mewah dan tersendiri yang menjanjikan keselesaan luar biasa. Hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, resort glamping ini adalah destinasi impian untuk mereka yang menginginkan detoks digital dengan sentuhan moden.

Dalam dunia yang semakin pantas ini, mencari ruang untuk bernafas dan menyambung semula dengan alam semula jadi bukan lagi kemewahan, ia adalah keperluan. Di Tiarasa Escapes, konsep glamping diperkenalkan di Malaysia dan ia menjadikan pilihan terbaik setiap golongan, di mana kemewahan berpadu sempurna dengan keindahan primitif hutan tropika.

tiarasa

Terletak di kaki bukit Janda Baik yang sejuk dan diliputi kabus gunung, Tiarasa Escapes adalah manifestasi impian pelakon dan usahawan tersohor, Puan Sri Tiara Jacquelina. Terinspirasi oleh kenangan zaman kanak-kanaknya membaca novel Enid Blyton dan pengalaman menginap di khemah Berber yang mempesonakan di Kasbah Tamadot, Morocco, kembalinya dia ke Malaysia, ia mencetus ilham untuk menampilkan kawasan seluas tujuh ekar ini sebagai ruang di mana keluarga boleh membina kenangan abadi.

20 khemah bergaya safari menampilkan reka bentuk yang terinspirasi daripada petualangan klasik, lengkap dengan fabrik Iban Pua Kumbu dan artifak tradisional yang dipilih sendiri oleh Puan Sri Tiara Jacquelina.

Tiarasa Escapes menawarkan 25 unit penginapan eksklusif yang terbahagi kepada tiga kategori unik. Dua puluh khemah bergaya safari menampilkan reka bentuk yang terinspirasi daripada petualangan klasik, lengkap dengan fabrik Iban Pua Kumbu dan artifak tradisional yang dipilih sendiri oleh Puan Sri Tiara Jacquelina. Setiap khemah dilengkapi dengan katil king-size, penghawa dingin, Wi-Fi, dan beranda peribadi yang menghadap pemandangan memukau.

tiarasa

Bagi mereka yang menginginkan pengalaman lebih eksklusif, lima villa treehouse menawarkan ketenangan yang sofistikasi. Dengan dua bilik tidur, bilik mandi en-suite, dan beranda yang mengelilingi seluruh struktur, villa-villa ini adalah definisi sebenar kemewahan rustik. Dreamcatcher yang tergantung, mandala yang artistik, dan hammock peribadi menambah sentuhan intim yang menjadikan setiap detik terasa istimewa.

See also
Sentuhan Adi Busana Maison Margiela Oleh John Galliano

Kemuncak kemewahan boleh ditemui di dua villa bespoke iaitu Heliconia Honeymoon Suite dan Tiarasa Owners’ Tent yang masing-masing mencerminkan perjalanan dan passion unik Puan Sri Tiara Jacquelina sendiri. Ini bukan sekadar penginapan, ia adalah pengalaman yang dikurasi dengan penuh jiwa.

 

Di Tiarasa Escapes bukan sekadar tempat untuk berehat. Ia adalah playground untuk terbaik untuk detoks minda dan jiwa anda! Setiap pagi dan petang, rangers berpengalaman memimpin nature walks di mana anda berkesempatan melihat burung belatuk bersayap crimson atau falconet paha hitam yang sukar dilihat. Bagi pencinta burung, ini adalah syurga yang tidak boleh dilepaskan.

Aktiviti-aktiviti lain termasuk ATV riding untuk yang gemar adrenalin, river tubing di Sungai Enderong yang jernih, dan jungle treks yang membawa anda lebih dalam ke dalam hutan huai yang berusia berabad-abad. Untuk pengalaman yang lebih santai, riverside picnic yang dikurasi khas menawarkan hidangan yang menakjubkan seperti sandwiches gourmet, kuih-muih tempatan, dan kopi atau teh , semuanya dihidangkan di lokasi paling picturesque di sepanjang sungai. Kanak-kanak pula boleh menikmati treasure hunts, marshmallow roasting di tepi api unggun, dan sesi arts & crafts termasuk Batik painting. Sementara itu, orang dewasa boleh mencari ketenangan melalui sesi yoga pada waktu subuh atau sekadar bersantai di wading pool outdoor yang menyejukkan. Setiap petang, upacara penyalaan api unggun komunal di amphitheatre lawn menjadi pusat perhimpunan. Api yang megah ini bukan sekadar tradisi, ia adalah simbolik kepada semangat glamping yang tulen, di mana komuniti berkumpul untuk berkongsi cerita dan ketawa.

See also
5 Tip Atasi Masalah Kuku Kering Dan Rapuh

tiarasa escapes

Gastronomi yang Menggugah Selera

Tiarasa Rainforest Café adalah jantung pengalaman kulinari di resort ini. Di sini, setiap hidangan adalah karya seni yang dicipta menggunakan bahan-bahan terbaik, termasuk hasil segar dari ladang Tiarasa sendiri. Menu ini menampilkan resipi authentic keluarga Puan Sri Tiara Jacquelina, dimasak dengan penuh dedikasi oleh chef-chef berbakat. Ambience kafe ini adalah gabungan sempurna antara keanggunan dan keselesaan. Dengan dekor yang stylish dan suasana yang tenang, ia adalah setting ideal untuk dinner romantis, majlis sambutan, atau sekadar makan tengahari santai bersama rakan-rakan.

Pengalaman dining di sini bukan sekadar makan, ia adalah adventure holistik. Cooking classes, fruit-picking, dan riverbank picnics menambah dimensi baharu kepada pengalaman kulinari anda. Setiap malam, BBQ gathering dengan giant screen movie di bawah langit berbintang adalah cara sempurna untuk mengakhiri hari, lengkap dengan bean bags yang selesa dan aroma BBQ yang memenuhi udara.

Komitmen Terhadap Kelestarian

Apa yang benar-benar membezakan Tiarasa Escapes adalah komitmen mendalam mereka terhadap kelestarian alam sekitar. Resort ini menggunakan air sungai yang dituai untuk keperluan harian, termasuk untuk membilas tandas. Laluan-laluan diterangi dengan lampu solar-powered, dan kompos dibuat dengan teliti dari daun-daun yang gugur, kemudian dihantar ke Fitrah Farm, sebuah ladang organik dalam komuniti Janda Baik. Pohon Herba dipetik dari kebun sendiri, buah-buahan dihidangkan dari pokok-pokok di resort apabila bermusim, dan setiap suite dilengkapi dengan botol air kaca yang boleh diisi semula. Tiada cutlery sekali guna digunakan di sini, setiap langkah diambil untuk mengurangkan jejak alam sekitar. Lebih mengagumkan lagi, separuh daripada ahli pasukan Tiarasa adalah bakat muda tempatan dari komuniti Janda Baik.

See also
Tips and Tricks!

tiarasa

GLAM turut dijemput untuk staycation di Tiarasa Escapes bersama aktres terkenal, Sharifah Sakinah. Kali pertama kami menjejak kaki di sini terasa diri dipeluk rapat oleh alam! Kata Sakinah, saat dia melangkah ke khemah mewahnya ternyata ia bukan khemah biasa, ia seperti rumah yang dikelilingi hutan tropika namun serba selesa. Apa yang menarik perhatian GLAM adalah sewaktu makan pagi, setiap tetamu dijamukan pelbagai hidangan tempatan, dan menurut team Tiarasa Escapes, Nasi Lemak Bungkus adalah pilihan utama setiap tetamu yang hadir menginap di sini!

“Saya bukanlah seorang yang individu selesa untuk menginap di hutan tropika, namun apabila kali pertama tidur di Rajah Brooke Family Suite, saya tidur lena! Tiada langsung perasan takut atau digigit serangga liar. Seperti apa yang dikatakan Tiarasa Escapes sememangnya penginapan Glamping mewah pertama di Malaysia,” kata Pengarah Kecantikan GLAM.

tiarasa

Tiarasa Escapes adalah bukti bahawa kemewahan dan kesederhanaan boleh wujud bersama dalam harmoni yang sempurna. Ia adalah tempat di mana masa seolah-olah perlahan, di mana setiap momen terasa berharga, dan di mana anda boleh reconnect bukan sahaja dengan alam semula jadi, tetapi juga dengan mereka yang anda sayangi. Tiarasa Escapes adalah destinasi yang wajib dikunjungi! Sama ada anda mencari romantic getaway, family bonding time, atau sekadar detoks! Inilah dikatakan Glamping Resort Pertama di Malaysia, ia mencetus pengalaman mewah dan terindah.

Artikel berkaitan 5 Lokasi “Hidden Gems” Untuk Staycation di Malaysia

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan