The Library Spirit Oleh Montblanc Memartabatkan Pustaka

The Library Spirit Oleh Montblanc Memartabatkan Pustaka

Montblanc kaya dengan segala aspek baik dunia horologi mahupun seleksi aksesori kulit yang bermutu tinggi, namun satu lagi misi yang dipacu gemilang adalah menaikkan kesedaran tentang seni tulisan dikalangan generasi sekarang melalui inisiatif The Library Spirit.

Selepas berjaya menganjurkan acara di kota London, kemudiannya Montblanc terbang ke Shanghai bagi mempersembahkan projek utama tahunan mereka yakni The Library Spirit. Inisiatif ini berlabuh di China dan GLAM menjadi salah satu tetamu undangan mereka. Kempen ini menjulang pustaka sebagai sumber inspirasi kepada semua, apatah lagi cukup dengan Montblanc. Melalui lembayung himpunan alat tulis mereka, projek ini dikukuhkan dengan mana mendekatkan masyarakat bersama buku, seni kaligrafi serta aspek gaya hidup sekitarnya.

the library spirit

Kami semua terbang ke Shanghai buat satu malam yang cukup luar biasa anjuran Montblanc. Biarpun malam itu hujan turun, namun tidak langsung mematahkan semangat semua bagi meraikan The Library Spirit: Episodes Around The World. Tidak salah jika mahu katakan yang hujan itu menambah lagi rasa romantik projek unik ini. Berlangsung di Sunke Villa, tetamu hadir bersama buku-buku yang memberi impak dalam hidup mereka. Sebelum kami melangkah masuk ke dalam ruang acara, buku yang dibawa daripada tanah air diletakkan atas rak. Sebagai hadiah buat tetamu lain membawa pulang.

See also
Jejaka Horologi Terhangat

Bagi meraikan semangat pustaka, ruangan Sunka Villa dihidupkan dengan pelbagai aktiviti menarik. Ada ruang yang didedikasikan buat himpunan alat tulis, dan semestinya tetamu diberi peluang menggunakan pen mewah Montblanc. Pada tingkat atas pula para juru kaligrafi hebat mempamerkan seni mereka. Tetapi yang menjadi perhatian adalah himpunan Montblanc Extreme 3.0. Seleksi item daripada himpunan ini menyempurnakan aktiviti harian. Sorakan warna Fern Blue pula menambah lagi nada eksklusif buat himpunan yang berasaskan kulit oleh Montblanc ini.

SEJENAK BERSAMA NICOLAS BARETZKI, KETUA PENGARAH EKSEKUTIF MONTBLANC

The Library Spirit

Boleh kongsikan bagaimana gabungan antara pustaka, bandar dan Montblanc berlaku?

Selalunya kita akan memikirkan pustaka itu adalah tempat yang menghimpunkan tentang budaya dan pengalaman kita ketika kecil. Sebagai contoh buat episod pertama projek ini di London antara cadangan adalah untuk melaksanakan acara di pustaka di Universiti Cambrige atau King’s College yang cukup tradisional. Tapi kami memilih The Lumley Library, pustaka yang menempatkan buku-buku tentang perubatan. Lain pula konsepnya di Shanghai, yang mana kami mahu mewujudkan situasi kedai buku sebagai asasnya. Ia cukup moden dan memantulkan kembali semangat kota ini. Bukan sahaja pustaka itu berlainan, malah seni kaligrafi juga berbeza-beza mengikut tempat seperti Cina, Jepun mahupun Malaysia. Lantas mewujudkan hubungan yang harmoni antara buku, tulisan dan pustaka dalam nada yang lebih lokal. Montblanc juga meraikan semangat lokal yang dimiliki oleh setiap negara dan diinjek dengan konsep global kami.

See also
GLAM PROFIL: YINN OOI

Bagaimana Montblanc memberi inspirasi kepada komuniti lokal melalui kempen ‘Inspire Writing’?

Banyak cara yang kami telah laksanakan, seperti melalui kaligrafi ia adalah salah satu cara paling mudah untuk berhubung dengan komuniti lokal. Sebagai contoh, kami ada lakukan kelas kaligrafi secara maya di Amerika Syarikat. Kelas percuma ketika pendamik ini adalah usaha murni Montblanc untuk mewujudkan dan melestarikan seni penulisan. Selain menyediakan kelas buat pelajar, Montblanc juga cukup bangga dengan duta yang memberi inspirasi kepada anak muda. Contohnya Jing Boran, duta jenama kami di Cina bukan sahaja hebat berlakon malahan dia adalah personaliti yang gemar akan seni penulisan. Dia sering berkongsi hasil penulisannya di media sosial dan dilihat sebagai satu inisiatif yang positif buat komunitinya.

Kod rekaan yang terinspirasi daripada dunia penulisan jelas kelihatan pada kategori lain terutama himpunan aksesori kulit, apakah strategi disebalik visi ini?

Mempunyai seorang pengarah kreatif yang bagus adalah sangat penting dan tugas ini digalas sebaiknya oleh Marco Tomasetta. Dia berjaya menggabungkan kesemua kategori di rumah ini menjadi satu. Dia cukup terinspirasi dengan Montblanc dan terus mengenali jenama ini melalui arkib yang kami ada. Dia cukup menjiwai budaya penulisan yang ada dalam Montblanc lantas dihidupkan melalui rekaan buat aksesori kulit. Lihat sahaja pada Montblanc Extreme 3.0 yang mempunyai inspirasi daripada dunia penulisan yakni corak pada permukaan kulit. Ia cukup segar dan unik pada Montblanc.

See also
Alami Keseronokan Staycation Di Kota Raya

Artikel berkaitan: Horologi GLAM: Age of Opulence