Use your ← → (arrow) keys to browse
Tidak dinafikan Kim Kardashian sememangnya wanita yang sibuk. Justeru tidak hairanlah jika dia tertidur sewaktu temu janji kecantikannya baru-baru ini.
Pendandan kepada pengasas SKIMS ini, Chris Appleton menjadikan Kim Kardashian sebagai bahan jenaka di Instagram apabila memuat naik satu fotonya sedang terlena di kerusi salun ketika sesi touch-up.
Menerusi foto tersebut, dia dilihat sedang ‘tidur mati’ dengan mulut ternganga sambil Appleton dan pembantu mendandan rambutnya yang panjang mengurai.
Dia sempat memberikan isyarat piece kala Kim sedang menikmati sesi beradunya sambil diselimuti baju pelindung hitam. “Saya sayangkan kamu Kim,” tulisnya di kapsyen.