Taverna by The Tokyo Restaurant, Rasa Mewah Menu Jepun dan Perancis - Glam Malaysia
Taverna by The Tokyo Restaurant

Taverna by The Tokyo Restaurant, Rasa Mewah Menu Jepun dan Perancis

“The Table” lancar dua lagi restoran baharu di Isetan, The Gardens. Taverna by The Tokyo Restaurant juga Kintsugi, bakal buat anda terpukau rasa unik menu yang disediakan. 

Di Taverna by The Tokyo Restaurant ini anda dapat menyaksikan serta merasai sendiri pengalaman unik bersama menu yang mengetengahkan kombinasi rasa hebat hidangan Jepun dan Itali. Perhatian diberikan kepada setiap perincian kemudian dengan menu yang dicipta penuh rasa estetika, Taverna mengetengahkan bukan sekadar makanan, namun kombinasi seni juga budaya disuntik pada restoran ini.

Taverna by The Tokyo Restaurant

Pelbagai menu menarik perhatian kami. Ini kerana mereka menyediakan masakan hidangan Itali, namun menggunakan bahan-bahan Jepun. Rasa yang dipamerkan adalah amat luar biasa! Anda yang berkunjung ke Taverna by The Tokyo Restaurant ini perlu cuba hidangan Squid Ink Aglio Olio bersama Japanese Oyster. Kemudian The Combo Chicken Cacciatore, Fresh River Prawn bersama Tomato Risotto, TTR Ossobuco juga Japanese Wagyu Bistecca adalah antara hidangan signatur mereka.

See also
Rihanna Berkongsi Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama

Berbicara tentang lokasi dan dekorasi dalaman restoran ini pula, ianya bertempat cukup strategik di “The Table” di Isetan, pusat beli-belah The Gardens, Kuala Lumpur. Dekorasi hiasan dalaman restoran yang cukup mewah dan elegan sesuai buat anda yang hadir untuk berlibur bersama si dia. Nikmati hidangan istimewa ini bermula 11 pagi hingga 11 malam. Anda juga boleh membuat tempahan awal menerusi tempahan di laman web atau telefon sahaja di talian 012-6782563.

 

Pautan Berkaitan: Isetan The Gardens Tampil Lebih Segar Dengan “The Table”