Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas lima bulan mengumumkan perceraian dengan Lisa Bonet, Jason Momoa dikhabarkan telah menemui cinta baharu.
Menurut beberapa sumber kepada portal People, Jason kini sedang menjalin cinta dengan aktres popular berwajah jelita, Eiza Gonzalez.
Sumber mengatakan bintang Aquaman itu kini sedang berbahagia dengan perhubungan baharunya. “Mereka sememangnya sedang bercinta. Jason mengambil berat tentang Eiza. Kehidupannya kini lebih baik dan dia sedang menjalani penggambaran filem Fast X. Kedua-duanya sibuk dengan kerjaya namun seronok meluangkan masa bersama.”
Jason dan Eiza belum pernah dirakam bersama atau membuat penampilan sebagai pasangan di acara karpet merah. Namun bulan lalu, pelakon berusia 43 tahun itu dilihat menghadiri tayangan perdana filem lakonan Eiza, Ambulance.