Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebuah rancangan mengenai kerabat Diraja akan disiarkan di Netflix tidak lama lagi! Ia bukanlah musim terbaharu The Crowns sebaliknya siri dokumentari Putera Harry dan Meghan Markle yang telah lama dinantikan peminat.
Menurut portal People, dokumentari yang telah pun mencetuskan kontroversi sejak awal perancangannya itu akan ditayangkan di platform penstriman terkenal Netflix pada bulan Disember ini.
Ia bakal diarahkan oleh Liz Garbus, sutradara tersohor dan calon Oscar yang pernah meraih pujian hebat daripada pengkritik menerusi dokumentarinya seperti What Happened, Miss Simone? (2015) dan Girlhood (2002).