Use your ← → (arrow) keys to browse
Sumbangan hebat Tan Sri Michelle Yeoh kepada industri hiburan diiktiraf apabila diumumkan sebagai Icon Of The Year atau Ikon 2022 oleh majalah terkemuka Time.
Menerusi satu hantaran di Instagram semalam, Time berkongsi khabar gembira itu bersama 11.8 juta pengikutnya sekali gus menyenaraikan pencapaian yang diraih Michelle di pentas antarabangsa sejak lebih tiga dekad lalu.
“Yeoh telah menjadi bintang berpengaruh di Asia sejak berdekad lamanya – dia adalah ‘kuasa besar’ dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong, barisan filem terbaik, dan dikagumi atas keberaniannya melakukan aksi lagak ngeri.
“Dia membuat penampilan pertama di Hollywood dalam filem James Bond berjudul Tomorrow Never Dies pada 1997. Kejayaan itu disusuli dengan peranan dalam filem hebat lain termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.”