Use your ← → (arrow) keys to browse
Isterinya, Julie Camelia Rhee yang merupakan warga Korea pernah berkongsi sebelum ini bahawa dia sangat teruja dengan kehamilan ini dan tidak menyangka akan berbadan dua setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
“Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan hadir dalam dunia kecil kami, yang akan mengubah segalanya. Kami bakal bergelar ibu bapa! Saya percaya ia akan menjadi satu perjalanan yang mengujakan,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Jehan berkongsi berita kehamilan ini di Instagram miliknya pada September tahun lalu bersama foto imbasan ultra bunyi kandungan dengan kapsyen “1+1=3”. Dia turut menyertakan tanda pagar #newadventures, #rmcobaby dan #akandatang 2021.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dalam satu majlis agak meriah yang berlangsung di Carcosa Seri Negara. Jehan melamar Julie setahun sebelum itu di Menara Seoul setelah mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun.