Use your ← → (arrow) keys to browse
Isu ini menjadi perdebatan di Twitter. Ramai netizen terkejut mendengar tabiat selebriti-selebriti ini, terutama apabila mereka mengakui tidak membersihkan diri selepas berpeluh.
Salah seorang peminat sempat bertanya bintang Jungle Cruise, Dwayne Johnson mengenai rutin mandinya memandangkan umum mengetahui dia banyak menghabiskan masa di gim dan berpeluh sakan. Namun jelasnya, dia tidak termasuk dalam kategori tersebut.
“Tidak, rutin saya bertentangan dengan mereka. Saya mandi air sejuk selepas bangun tidur untuk segarkan diri. Air suam selepas bersenam dan sebelum mula bekerja. Air panas selepas pulang dari kerja. Cuci wajah, bersihkan tubuh, melakukan eksfoliasi, dan menyanyi (sumbang) di kamar mandi,” tulisnya.