Use your ← → (arrow) keys to browse
Rutin mandi dan kebersihan diri beberapa selebriti yang tular baru-baru ini mencetus tanda tanya peminat di seluruh dunia.
Segalanya bermula apabila pasangan popular, Ashton Kutcher dan Mila Kunis berkongsi tabiat mandi keluarga mereka kala menjadi tetamu jemputan dalam podcast Armchair Expert yang dihoskan oleh Dax Shepard.
Pasangan ini mengakui jarang mandi dan sekadar mencuci bahagian intim setiap hari. Malah anak-anak mereka – Wyatt Isabelle, 6 dan Dimitri Portwood, 4, juga tidak dimandikan.
Alasan yang diberi Mila, dia membesar tanpa alat pemanas air di rumah dan dia bukanlah jenis ibu yang memandikan anak-anak kecil.
Ashton pula mendedahkan dia sekadar mencuci bawah lengan, bahagian intim dan wajah selepas bersenam untuk singkirkan peluh.