Use your ← → (arrow) keys to browse
Khamis lalu menyaksikan penyatuan dua bintang Bollywood ternama, Katrina Kaif dan Vicky Kaushal yang berlangsung dalam suasana mewah dan gemilang.
Majlis Katrina dan Vicky diadakan di Six Senses Resort, Fort Barwara, Sawai Madhopur di Rajasthan, sebuah negeri di utara India yang menjadi lokasi sempurna untuk melangsungkan perkahwinan.
Rajasthan amat terkenal dengan keindahan seni bina dan istana lama yang cukup memukau, di mana ia turut menjadi pilihan beberapa selebriti untuk melangsungkan perkahwinan termasuk Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang selamat disatukan tiga tahun lalu.
Upacara perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini dimeriahkan dengan kehadiran 120 tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan selebriti.