GLAM Profil: Sorakan Rona Syomirizwa Gupta
21 tahun manifestasi rencah seni fesyen Syomirizwa Gupta dalam menelusuri karya fesyen yang kaya dengan ciri kebudayaan dan pantone color blocking!
Berlokasi di Lorong Maarof, Bangsar, saya cukup bangga dengan anak watan yang berjaya menempa nama dalam industri fesyen tanah air dan lebih membanggakan perusahaan fesyennya yang dibina kekal bertahan hingga ke hari ini yakni selama 21 tahun lamanya! Ya, empunya diri adalah Syomir Izwa Sen Gupta, 46, yang berasal dari Ampang.
Seperti biasa Syomir tampil cukup ekspresi dalam pengayaannya untuk sesi penggambaran pada hari itu. Empunya diri mengenakan koleksi bespoke Syomirizwa Gupta yang terbaru. Saya melihat Syomir seperti sama sekali tidak dimamah usia! Pertama kali bersua dengannya sewaktu saya masih di latihan praktikal di majalah fesyen menghadiri pertunjukkan fesyennya pada 2010, yakni 13 tahun lalu. Identiti gaya peribadinya kaya dengan aksesori dan color blocking! Personalitinya yang mesra pada lensa kamera dan energetik membantu melicinkan sesi penggambaran pada hari itu. Sempat dia menyapa saya sewaktu sesi penggambaran sedang berlangsung, “This comes from one of my bespoke collection! It comes with a short,” Ujarnya yang menyarungkan kemeja oversized berona merah jambu dan potongan balloon sleeve adalah statement pada rekaannya itu.
“Legasi & Budaya Adalah DNA Saya” – Syomirizwa Gupta
Nilai estetika yang diterapkan dalam setiap koleksinya dapat dihidu betapa menebalnya seni kebudayaan yang dizahirkan. Ini kerana Syomir sendiri adalah anak daripada hasil perkahwinan campur, di mana ibunya, Nor Rosemi Daud berketurunan Indonesia manakala bapanya, Pawiz Khairi Sen Gupta berketurunan India.
Hari ini saya melihat sikap keterbukaan masyarakat menerima percampuran adat dan budaya dan tidak kurang juga masih ada segelintir yang tidak begitu gemar dengan perkahwinan campur. Macam Melayu dengan Melayu sahaja tidak mahu bergaul dengan bangsa lain. Saya mencedok nilai seni estetika rekaan tentunya dari kedua belah ibu bapa saya yang kedua duanya cukup kaya dengan tradisi. Saya cerita sedikit pengalaman saya dibesarkan sebagai ‘anak campur’. Ibu mempunyai lapan adik beradik, manakala ayah keluarganya kecil hanya dua beradik. Keluarga sebelah ayah cukup tebal dengan tradisi Bengali. “My dad, he was very close to the Bengali community in Malaysia. Budaya mereka banyak bermain dengan warna juga sangat mementingkan koleksi barang kemas. Walaupun saya masih kecil waktu itu saya sudah rambang mata melihat keindahan barangan kemas mereka.”
Sebelah ibu juga cukup kaya dengan adat dan budayanya. Ibu ada lapan beradik, masih segar di ingatan saya, setiap adik beradik ada set barangan kemas yang tersendiri, Contoh, si kakak A ada set rubi, kakak B ada set Zamrud, Every sisters have their own set of songket. Nenek akan simpankan songket-songket itu dan bila ada kenduri anak-anak akan pakai, zaman itu songket semua yang ditenun asli.
“My first memory ever is playing with my mom’s silk collection. My earliest memory has always to do with fabric. Orang lain masa kecil-kecil akan main lego atau apa-apa permainan kanak-kanak, but as for me, I’ll go to her room and I will play with her silk collection. Bila ibu balik kerja habis lah dia bising semua almari dia saya selongkar. Dulu setiap kali hujung minggu kami sekeluarga akan berkunjung ke rumah nenek di Perak. It’s a 1960’s house and comes with eleven bedrooms. Can you imagine how rich that house is that are full of cultural sentiment. Saya cukup suka dengan tembaga. Banyak fabrik tekad di kampung, I can say being child of mix marriage, I had a very vibrant and colourful childhood from my cultural heritage.” Ujar syomir yang bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional dalam jurusan Sains Rumah Tangga khusus kepada menjahit pakaian wanita.
pengarah kreatf AIZAT AIDID pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar BIBO ASWAN solekan ZULYASRANI busana SYOMIRIZWA GUPTA teks HANNA B. lokasi COLLECT ART WORLD
Sewaktu membesar, Syomir sifatkan ibunya seorang wanita yang bergaya jika dibandingkan dengan emak teman-teman sekolahnya yang lain. Dan ibunya berteman baik dengan kakak Datuk Ramli Ibrahim, yang digelarnya ‘aunty Nurida’. “Aunty Nurida she is the epitome of a stylish woman in that era. She is always with fine nail polish, smoking a cigarette, her hair is blonde, and I always thought yang baju glitter- glitter itu hanya effect sahaja macam kita tengok kartun. Dan rupa-rupanya ia adalah real! So when she wore a glitter dress for her annual dinner, I’m like wow kain ni memang ada kilat-kilat macam ni! My love for fashion has gone deeper ever since.
Daripada salah silah keluarganya, Syomir akui ia memberi impak yang kuat dalam karya seninya sehingga ke hari ini. Syomir berkongsi seawal usia 13 tahun dia mula mengumpul majalah Vogue yakni pada tahun 1992. Dan masih menyimpan koleksi majalah-majalan fesyen itu sehingga ke hari ini. Syomir juga membesar dengan rancangan tv seperti Fashion TV, rancangan Elsa Klench di CNN, Fashion File dan beberapa lagi seawal usia 10 tahun sebelum empunya diri memulakan pembelajaran dalam jurusan fesyen di menara gading. Syomir menuntut di Lasalle International Design School yang kini digelar sebagai Raffles College.
“Waktu sekolah lagi saya sudah jatuh cinta dengan rekaan Gianni Versace, it was full of colours and prints, sewaktu saya masuk universiti, ia adalah era kemuncak pereka- pereka antarabangsa seperti John Galliano debuted in 1995, that is where he joined Dior, Alexander Mcqueen pun waktu itu gemuk lagi! It was also Marc Jacob’s time, so of course as a fashion student you always have that idol you aspire to be. So I thought I was Gianni Versace, that time was also the hype era for supermodel so I was so into Naomi Campbell, Linda Evangelista, Helena Christensen. Jadi daripada situ selaku pelajar fesyen saya mencipta identiti rekaan saya. Kemudiaan selepas itu saya mula menghargai rekaaan klasik seperti Coco Chanel, YSL, lucunya sebelum- sebelum itu saya selalu melihat rekaan jenama-jenama ini macam makcik-makcik. Kemudian barulah saya faham classic silhouette, workmanship, fabric and something that could last more than 20 years.
Syomir juga sempat berkongsi karier pertamanya dalam bidang fesyen ialah bekerja bersama pereka fesyen lagenda Bon Zainal. “My first full time job was as a cotton knitwear menswear designer with a knitwear manufacturer that does international export. And as they say, the rest is history.”
21 tahun bergelar pereka fesyen, Syomir akui setiap kali dia akan lancarkan koleksinya, perasaan gemuruh itu tetap hinggap di dirinya persis seperti pertunjukkan fesyennya yang pertama. “Ya benar, jujur saya katakan biarpun berpengalaman macam mana pun, atau sudah berapa banyak show telah saya buat, perasaan gemuruh itu tetap ada tatkala menunggu detik koleksi saya dipertontonkan kepada umum.
Bezanya sekarang Syomir lebih selesa dan yakin dengan status pereka fesyen dengan berbekalkan pengalaman dua dekadnya mengusahakan empayar fesyen. Menurutnya dia hampir masak dengan industri fesyen tanah air dengan berbekalkan pengalaman. Syomir bisa menganalisa momen jatuh bangunnya sepanjang kariernya. My mindset is much more open now, I think I am younger now compared when the days when I first started out. Because at that point of time I have a very limited point of view. It didn’t turn out how fun it is now. I think I’ve become more open in accepting point of view from others.
Fokus Koleksi Bespoke
Syomir akui suatu masa dulu koleksi RTW adalah antara yang membawa untung kepada perusahaan fesyennya. Lebih-lebih lagi apabila musim perayaan menjelma. Contohnya koleksi Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta. Ia merupakan surat cinta mereka buat semua peminat yang mengikuti perjalanan kerjaya mereka berdua sejak awal penglibatan dalam industri. Dengan rekaan menyasarkan wanita-wanita bersaiz besar dan diinspirasikan daripada kekuatan serta keyakinan diri.
Seperti semua usahawan yang lain, perusahaan fesyennya merundum sewaktu era covid melanda dunia. Daripada pasukan yang besar , satu-satu pekerja terpaksa dilepaskan dek kerana kekangan bajet. Alhamdulillah rezeki menyambar dirinya apabila koleksi Bespoke Syomirizwa Gupta banyak menerima tempahan pasca daripada covid. “Ya saya amat bersyukur, kerana rekaan Bespoke saya dapat sambutan, Mungkin sekarang event sudah banyak, orang perlukan baju baru untuk diperagakan ke majlis-majlis yang dihadiri. Saya melihat ini juga sebagai ekonomi Malaysia semakin pulih selepas covid. Ia memberi sinar baru buat kami pereka fesyen tempatan. Memandangkan Koleksi Bespoke kini mendapat perhatian ramai saya fokus untuk ini dulu buat masa ini berbanding RTW.
Harapan Syomir untuk lebih berani mengetengahkan rekaan prints yang bercirikan kebudayaan dan masyarakat sejagat berani bereksperimentasi dengan color blocking yakni DNA Syomirizwa Gupta. Dan Syomir akan memperkukuhkan lagi labelnya untuk ke persada dunia yang masih dalam perancangan. InsyaaAllah.