Superfoods & Smoothies Untuk Kulit Cantik & Sihat

Superfoods & Smoothies Untuk Kulit Cantik & Sihat

Mulakan 2026 dengan kulit berseri melalui smoothie superfood yang kaya nutrien, antioksidan, dan hidrasi untuk kecantikan dari dalam ke luar.

Kulit yang cantik bukan sahaja hasil dari rutin penjagaan luaran seperti pembersihan dan pelembap, tetapi juga dipengaruhi oleh apa yang anda makan setiap hari. Dengan menggabungkan superfoods dan smoothies berkhasiat ke dalam diet adalah cara mudah dan sedap untuk memastikan kulit kekal sihat, lembap, dan berseri.

1. Buah beri

Antara superfoods terbaik untuk kulit adalah buah beri seperti blueberry, strawberry, dan acai. Buah beri kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas penyebab kulit kusam dan penuaan pramatang. Selain itu, kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit. Smoothie mudah boleh dibuat dengan blueberry, pisang, dan yogurt rendah lemak, sedap sambil memberi manfaat anti-penuaan kepada kulit.

2. Sayuran hijau

Sayur hijau berdaun gelap seperti bayam, kale, dan swiss chard adalah sumber vitamin dan mineral penting termasuk vitamin A, K, dan zat besi. Nutrien ini membantu kulit mengekalkan kelembapan, mempercepat proses pembaikan sel, dan memberi kesan cerah semula jadi. Smoothie pagi yang segar boleh dibuat dengan sayur hijau, epal hijau, timun, dan sedikit lemon untuk memberikan kesegaran dan menenangkan sistem pencernaan.

See also
10 Cara Terbukti untuk Menjadi "Magnet Orang"

3. Chia seeds & flaxseed

Tambahkan chia seeds dan flaxseed ke dalam smoothie untuk sumber omega-3 dan serat. Omega-3 membantu mengurangkan keradangan kulit, sesuai bagi yang menghadapi masalah jerawat atau kemerahan, manakala serat menyokong pencernaan yang sihat, sekali gus menambah keserian kulit dari dalam.

4. Buah-buahan tropika

Buah-buahan tropika seperti mangga, nanas, dan papaya mengandungi enzim dan vitamin C yang membantu menegangkan kulit dan mencerahkan tona kulit secara semula jadi. Smoothie campuran mangga, nanas, dan sedikit yogurt sesuai dijadikan sarapan atau snek petang yang menyegarkan.

5. Pengambilan air putih

Selain smoothie, pastikan pengambilan air yang mencukupi setiap hari. Air membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengeluarkan toksin dari badan. Dengan rutin pemakanan yang menggabungkan superfoods dan hidrasi mencukupi, kulit anda bukan sahaja berseri, tetapi tenaga dan mood juga meningkat.

Artikel Berkaitan: Rutin Kecantikan Tahun Baru, Tampil “Glowing” Sepanjang 2026

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.