Suki Waterhouse Tayang Baby Bump, Robert Pattinson Bakal Jadi Bapa - Glam Malaysia
Suki Waterhouse Tayang Baby Bump, Robert Pattinson Bakal Bergelar Bapa

Suki Waterhouse Tayang Baby Bump, Robert Pattinson Bakal Jadi Bapa

Hubungan lima tahun bintang Inggeris, Robert Pattinson dan Suki Waterhouse nampaknya memasuki fasa baharu.

Pasangan itu dilaporkan bakal bergelar ibu bapa selepas foto Robert Pattinson dan teman wanitanya dengan tubuh berisi dirakam paparazi. Ini sekali gus mengesahkan spekulasi kehamilan Suki Waterhouse yang hangat dibicarakan minggu lalu.

Kelibat aktor The Batman dan pasangannya yang juga aktres, penyanyi serta model itu tular di media sosial baru-baru ini. Foto tersebut dirakam ketika kedua-dua bintang asal London itu melakukan aktiviti mendaki di Los Angeles pada 10 November.

Foto: YouTube

Dalam foto itu, Robert Pattinson dilihat menyarung kemeja-T biru bersama ves utiliti dan celana hitam. Suki Waterhouse pula menggayakan baju singkat kelabu dan seluar ketat rona hitam.

Percintaan Robert Pattinson dan Suki Waterhouse

Pasangan ini mula dikaitkan bersama pada 2018, setahun selepas bintang Twilight itu berpisah dengan penyanyi-penulis lagu, FKA Twigs. Mereka dirakam meluangkan masa dengan satu sama lain di London pada bulan Julai.

See also
Rozel MaxiFlex Kingdom, Kamar Istirahat Mewah Pilihan Emma Maembong

Pada Disember 2022, mereka membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih di karpet merah pertunjukan Dior Fall 2023 Menswear Collection di Great Pyramid of Giza, Mesir.

Di Instagram, Suki Waterhouse memuat naik dua foto polaroid dirinya di acara tersebut berserta kapsyen, “Saya tidak akan sesekali melupakan pertunjukan ini, di bawah kerdipan bintang dan di hadapan Piramid Giza, salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia.”

Robert Pattinson & Suki Waterhouse

Foto: Sportskeeda

Keduanya turut merakam kenangan bersama di acara tersebut. Mereka dilihat berpegangan tangan dan tertawa riang dalam kebanyakan foto.

Pasangan ini pernah dirakam di sebuah parti Dior pada 2020 tetapi memilih untuk berjalan berasingan di karpet merah untuk merahsiakan perhubungan mereka.

 

Foto: Getty Images

Baca: Miranda Kerr Umum Kehamilan Anak Keempat