Use your ← → (arrow) keys to browse
Buat masa sekarang bekas suami aktres popular Song Hye Kyo itu dilaporkan sedang sibuk menjalani penggambaran siri terbaharu terbitan JTBC, The Youngest Son of a Conglomerate.
Ia merupakan drama bergenre fantasi yang diadaptasi daripada novel web dengan judul yang sama.
Dia memegang watak sebagai setiausaha keluarga Chaebol yang mati dibunuh oleh anak lelaki bongsu keluarga tersebut. Rohnya kemudian bangkit untuk membalas dendam.
Siri itu dijadualkan menemui penonton di kaca televisyen pada hujung tahun 2022.