Siti Sarah Selamat Disemadikan, Ini Antara Doa Rakan Selebriti Mengiringi Pemergiannya - Glam Malaysia
Allahyarhamah Siti Sarah Disemadikan Di Gombak

Siti Sarah Selamat Disemadikan, Ini Antara Doa Rakan Selebriti Mengiringi Pemergiannya

1 of 44
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jenazah Allayarhamah Siti Sarah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Siti Sarah, 36, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib menghembuskan nafasnya yang terakhir di HUKM awal pagi tadi setelah beberapa hari ditidurkan. Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19. Dia dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia selepas tahap oksigen semakin tidak stabil. Selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan penyakit ini, dia menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi.

Berita sedih ini disampaikan suaminya sendiri di akaun Instagram miliknya pada pagi ini dan meminta untuk memberi sedekah A-Fatihah kepada bidadari kesayangannya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu, Kesetiaan, Siti Sarah pernah bersanding sekali lagi bersama Shuib selepas 6 tahun bernikah yakni pada tahun 2011. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan anak ke empat mereka yang baru dilahirkan secara pembedahan semalam, Ayash Affan.

See also
Johnny Depp Terus Mara Dengan Projek Terbaharu

Berita sedih ini turut sama dikongsi rakan-rakan selebriti dan teman rapat Allahyarhamah yang turut sama-sama mendoakan untuk suami dan anak-anaknya. Antara coretan mereka buat keluarga Allahyarhamah, GLAM sematkan di sini.

Pautan berkaitan: Sasha Saidin Antara Yang Pertama Disuntik Vaksin Covid-19