Use your ← → (arrow) keys to browse
JLo mempamerkan cincin berlian miliknya ketika mengumumkan berita pertunangan menerusi satu klip khas yang dikongsi dalam surat berita On The JLo dua hari lalu.
Cincin perak bertatahkan batu berlian hijau 8.5 karat itu diperoleh dan direka oleh Tamara Rahaminov dan Nicol Goldfiner dari Rahaminov Diamonds di Los Angeles. Ia dilaporkan berharga sekitar RM34 juta hingga RM42 juta.
Ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat memuji pemberian istimewa tersebut dengan ayat, “Ia sempurna” sambil menayangnya ke arah kamera dengan mata berkaca.