SILK: Pameran Skarf Sutera Salvatore Ferragamo - Glam Malaysia

SILK: Pameran Skarf Sutera Salvatore Ferragamo

Menyusuri sejarah dan desain skarf cetak ikonik rumah fesyen Salvatore Ferragamo melalui ‘SILK’, pameran kreatif Museo Salvatore Ferragamo yang bermula pada 25 Mac 2021 di Florence, Itali.

Museo Salvatore Ferragamo mempersembahkan pameran baharu berjudul ‘SILK’. Projek yang bermula pada 25 Mac 2021 sehingga 18 April 2022 ini diadakan untuk mengilustrasikan, melalui arkib rumah fesyen ini, proses kreatif di sebalik cetak sutera pada desain skarf Salvatore Ferragamo.

Museo Salvatore Ferragamo

Setiap desain skarf ikonik Salvatore Ferragamo mempunyai cerita yang tersendiri. Ia memerlukan proses yang panjang untuk menghasilkan setiap skarf dalam menonjolkan pengalaman mereka dalam penyatuan sempurna antara institusi kreatif dan kehalusan industri mewah. Pameran ini disusun aturkan berdasarkan inspirasi dan idea yang lahir daripada setiap lukisan yang dihasilkan, sebagai beberapa kolaj rujukan yang berbeza.

Impian pengasas rumah fesyen ini adalah mahu mengangkat label antarabangsa ini menjadi sebuah label fesyen yang mampu menyempurnakan gaya dari kepala sehingga kaki. Dan pada 1970-an impian Salvatore Ferragamo menjadi kenyataan selepas anak perempuannya, Fulvia melancarkan produksi aksesori sutera. Letusan magis sutera pada dunia Ferragamo memberikan keunikan pada rumah fesyen ini dengan pemilihan subjek pada cetak sutera yang diinspirasikan daripada alam semulajadi dan haiwan yang mewarnai hutan eksotik serta savannah yang menawan.

Sun Yuan & Peng Yu, and the Chimeras on the Silk Road

Pameran ‘SILK’ oleh Musei Salvatore Ferragamo ini diadakan untuk mempromosikan dialog antara seni dan fesyen yang melibatkan artis kontemporari. Ia bermula dengan instalasi oleh dua artis dari China, Sun Yuan dan Peng Yu yang berjudul ‘Were creatures born celestial?’ yang menonjolkan bagaimana Laluan Sutera menjadi hubungan antara dunia Timur dan Barat.

Mrs. Fulvia and the Villa del Poggio Imperiale

Berita baik buat peminat Salvatore Ferragamo. Anda boleh menyaksikan sendiri pameran ini secara digital dari seluruh pelusuk dunia. Tour virtual eksklusif dalam bahasa Inggeris dan Itali akan membawa menyusuri ke dalam muzium pada bila-bila masa melalui museo.ferragamo.com. Lebih istimewa, sebuah dokumentari eksklusif mengenai pameran ‘SILK’ akan dilancarkan pada 29 April 2021 melalui Sky Arte.

See also
Lady Gaga Serlah Aura ‘80s Bride Di Set House of Gucci

Foto: Salvatore Ferragamo

Baca lebih lanjut: Oscar 2021, Kejutan dan Sejarah Baharu