Use your ← → (arrow) keys to browse
Dikenali Sebagai Artis Serba Boleh
Rasa cinta yang mendalam terhadap teater mendorongnya untuk membintangi beberapa pementasan karya penulis drama tersohor seperti Othello (William Shakespeare), Gone Too Far! (Bola Agbaje), The Maids (Jean Genet) dan Salome (Oscar Wilde).
Dengan bakat lakonan cemerlang, dia dianugerahkan trofi tempat kedua di Charleson Awards pada 2010 untuk peranannya dalam Salome.
Zawe juga berbakat besar dalam bidang penulisan drama. Pementasan pertamanya, Harm’s Way disenarai pendek untuk Verity Bargate Award manakala satu lagi karyanya yang terkenal, For All The Women Who Thought They Were Mad tersenarai dalam festival penulisan drama Royal Court Theatre pada 2009.
Dia juga dipilih sebagai Fellow kehormat Royal Society of Literature tahun lalu dan memiliki firma produksi sendiri, Asylum Features. Dia turut bergelar pengarang setelah menerbitkan sebuah buku berjudul Character Breakdown, biografi fiksyen berdasarkan pengalamannya dalam bidang lakonan.