Use your ← → (arrow) keys to browse
Apabila ditanya apakah yang membuatkan dia memilih Ezza, Remy mengakui mahukan seorang wanita yang memahami sebagai suri hatinya.
“Saya perlukan seseorang yang memahami diri saya, bukan sahaja sebagai Remy Ishak tetapi juga Mohammad Zalimei Ishak. Dia berjaya menarik saya ke bawah untuk berpijak di bumi yang nyata.
“Kami melalui proses mengenali bersama-sama. Dari tahun ke tahun peribadinya berubah, karakternya semakin matang. Dia menyokong peribadi saya. Jatuh bangun saya selama ini dia sentiasa ada,” tambah Remy.