Use your ← → (arrow) keys to browse
Mengikut perancangan awal, majlis pernikahan ini sepatutnya berlangsung pada tahun lalu sebelum ditunda ke bulan Mei tahun ini bersamaan bulan Syawal. Namun apakan daya, pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan membantutkan hasrat mereka.
Pelakon Sangkar ini mengakui hubungannya bersama pengasas sepatu jenama 2morrow ini penuh dengan ujian dan dugaan.
“Saya mengenali Ezza selama lapan tahun yang agak panjang. Kami menempuhi liku sebagai kawan seterusnya sebagai pasangan dan tunangan sebelum putus hubungan. Namun kalau dah jodoh tak ke mana. She’s the one,” katanya.