She Said Yes! Alyssa Daguisé Terima Lamaran Al Ghazali
Selepas enam tahun menyulam cinta, berpisah dan kemudian kembali bertaut semula akhirnya pelakon dan model cantik dari Indonesia, Alyssa Daguisé dilamar oleh kekasihnya, Al Ghazali.
Bersaksikan pemandangan cantik Tasik Como di Itali, Alyssa dilamar di sebuah bot dengan mengenakan gaun panjang off-shoulder berona krim dengan rambutnya diikat rapi.
Al Ghazali juga memilih pakaian yang simple dengan mengenakan kemeja berkolar lengan pendek dan seluar putih yang sangat padan dengan gaun Alyssa bagi melakar detik bersejarah mereka.
Tasik Como saksi cinta Alyssa, Al Ghazali
Menerusi perkongsian di Instagram, Al Ghazali telah melamar Alyssa pada Sabtu lalu dan meluahkan rasa syukur lamarannya diterima. Dalam pada itu, Al Ghazali turut mengungkapkan rasa cinta dan berjanji akan menyayangi bakal isterinya itu selamanya.
“Alhamdulillah! To the love of my life; Alyssa Paramitha Daguisé, thank you for all that you are; loving you has been a privilege. And being loved by you is a blessing. With you by my side, I am the happiest man alive. And from today, I promise to give you the world and more. Here’s to forever! Bismillah,” tulisnya.
Alyssa dilamar dengan sebentuk cincin yang bertatahkan berlian dan jelas pada wajahnya terkejut dan gembira dengan lamaran tersebut.
Meninjau di Instagram Stories (IGs) Alyssa, rakan-rakan selebriti antaranya Syifa Hadju, Tissa Biani, Aaliyah Massaid turut mengucapkan tahniah di atas berita gembira itu.
Pasangan tersebut telah menjalinkan hubungan percintaan sejak 2016 dan dikhabarkan putus cinta pada tahun 2022. Bagaimanapun, Alyssa dan Al Ghazali dilihat kembali bersama pada pertengahan tahun ini.