Set Krimas Premium dengan Kerjasama Cassey Gan dan Oh Cha Matcha - Glam Malaysia
Set Krimas Oh Cha Matcha dengan Kerjasama Cassey Gan Yang Premium!

Set Krimas Premium dengan Kerjasama Cassey Gan dan Oh Cha Matcha

Musim kegembiraan hampir tiba dan salah satu perkara yang menyeronokkan adalah memburu hadiah yang sesuai untuk insan tersayang.

Bersempena dengan musim perayaan, butik matcha pertama di Malaysia, Oh Cha Matcha telah bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan, Cassey Gan untuk melancarkan rangkaian hadiah Krismas dalam beg rami cetak yang direka khas.

Cassey Gan adalah pereka fesyen Malaysia yang ciptaannya terkenal di industri ini. Dia gemarkan cetakan, tekstur dan lapisan yang jelas di setiap rekaannya,. Akhirnya, dia bercita-cita untuk membina jenama gaya hidup yang memfokuskan pada cetakan asli untuk produk di luar fesyen.


Set hadiah Krismas Oh Cha Matcha x Cassey Gan dicipta berdasarkan kepercayaan tanpa sempadan. Dengan idea untuk menjadikan matcha lebih ceria dan moto untuk mewujudkan #NOFAKESTUFF, Oh Cha Matcha sentiasa menyuntik elemen baru untuk menjadikan minuman matcha lebih beraroma namun memastikan minumannya sihat tanpa perasa tiruan, tanpa gula, tanpa pewarna dan rendah kalori.

Krismas ini, Oh Cha Matcha akan melancarkan empat set hadiah yang berbeza yang disertakan dengan beberapa barang sedap. Minuman semuanya dibuat dengan Matcha terbaik dari Uji, Jepun dengan sedikit stevia untuk menawarkan rasa manis. Ia juga disertakan dengan beberapa manisan seperti cheesecakes ikonik Oh Cha Matcha, cookie soft matcha, matcha spread dan banyak lagi.

See also
Perkahwinan Rahsia Anya Taylor-Joy & Malcolm McRae

Set hadiah Oh Cha Matcha Festive adalah terhad dan selagi stok masih ada. Layari www.ohchamatcha.com atau anda boleh dapatkan Oh Cha Matcha di Beep Delivery, Foodpanda, atau GrabFood.

Artikel berkaitan: Sambutan Krismas Paling Megah Edisi Selebriti Hollywood