Serena Williams Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Tenis, Ini Alasannya - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Serena Williams Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Tenis, Ini Alasannya

Serena Williams Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Tenis, Ini Alasannya

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Serena memenangi Terbuka Australia 2017 ketika hamil dua bulan dan mengalami komplikasi kesihatan serius selepas kelahiran Olympia termasuk embolisme pulmonari yang menyebabkannya terlantar beberapa minggu dan mengalami kemurungan.

Menjelang ulang tahun kelahiran ke-41, isteri kepada pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian ini menyedari peluangnya untuk hamil adalah tipis.

“Saya tidak mahu lagi hamil ketika bergelar atlet. Hari ini jika saya perlu memilih antara mengembangkan profil keraya dan membina keluarga, saya akan pilih yang kedua,” tambahnya.

Setakat ini Serena telah membawa pulang 73 gelaran perseorangan, 23 gelaran beregu dan lebih RM419 bilion wang kemenangan, menurut CNBC. Selain memberi tumpuan kepada keluarga, dia mengakui tidak sabar mahu mengembangkan Serena Ventures, firma modal teroka yang dilancarkannya pada 2019 untuk memberi sokongan kepada wanita, masyarakat berkulit hitam dan usahawan muda.

Serena Williams

Foto: Vogue

 

Foto: Harper’s Bazaar

 

Baca: Harmony Tan, Bintang Tenis Yang Berjaya Menewaskan Serena Williams Di Wimbledon 2022

See also
Rumah Serena Williams Yang Minimal, Moden dan Mengagumkan!