Use your ← → (arrow) keys to browse
Pada usia 41 tahun, Serena Williams mengumumkan persaraan setelah melakar kejayaan luar biasa dalam sukan tenis selama hampir tiga dekad.
Serena berkongsi kejutan tersebut kepada dunia menerusi satu temu bual eksklusif yang diterbitkan dalam majalah Vogue edisi September 2022, menggelarnya sebagai satu ‘pengorbanan unik’.
Juara Grand Slam 23 kali itu bakal mengucapkan selamat tinggal kepada bidang sukan yang dicintainya selepas tamat Terbuka Amerika Syarikat yang akan bermula pada penghujung Ogos.
“Saya tidak pernah suka perkataan ‘bersara’. Mungkin perkataan terbaik untuk menjelaskan apa yang saya lakukan adalah evolusi. Saya sedang beralih daripada dunia tenis kepada perkara yang penting buat saya,” katanya kepada Vogue.