Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas lebih sebulan menunda konsert Justice, penyanyi sensasi Justin Bieber akhirnya mempunyai satu khabar gembira buat peminat.
Menerusi satu ciapan di Twitter, penganjur konsert AEG Presents memaklumkan Justin bakal menyambung siri jelajah dunia yang ditunda pada bulan lalu tidak lama lagi.
“Justin Bieber akan kembali dengan Justice World Tour! Bermula dengan festival musim panas di Itali pada 31 Julai, kemudian ke seluruh Amerika Selatan, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah pada 2023. Butiran lanjut mengenai persembahan yang tertunda di Amerika Syarikat akan dimaklumkan dalam masa terdekat.”
Ini bermakna peminat di Malaysia juga berpeluang menyaksikan persembahannya yang dijangka berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Oktober akan datang.