Selena Gomez Teruja, Billie Eilish Guna Rare Beauty Untuk Vanity Fair - Glam Malaysia
Selena Gomez Teruja, Billie Eilish Guna Rare Beauty Untuk Vanity Fair

Selena Gomez Teruja, Billie Eilish Guna Rare Beauty Untuk Vanity Fair

Tiada rahsia lagi Selena Gomez dan Billie Eilish mengagumi muzik masing-masing. Terbaharu, penyanyi berusia 19 tahun ini meminati produk kecantikan jenama Selena pula.

Vanity Fair mengumumkan Billie Eilish sebagai gadis kulit majalah edisi Mac 2021 Isnin lalu. Dia tampil menawan dengan rambut hijau signature dan berkuku panjang, cukup menyerlah dalam busana motif paisley rona neutral dan solekan tipis.

Menurut jurusolek Robert Rumsey yang menata rias wajah Billie untuk penggambaran tersebut, semua produk yang digunakan adalah ihsan daripada jenama kecantikan Selena Gomez, Rare Beauty.

Jadi tidak hairanlah jika Selena teruja apabila melihat ikon muzik itu mengenakan Rare Beauty untuk kulit majalah ini. Di Instagram Story, Selena berkongsi foto dari penggambaran Vanity Fair berserta pendapatnya mengenai solekan tersebut.

selena gomez billie eilish
Foto: Selena Gomez/Instagram

“Ikon @billieeilish mengenakan @rarebeauty untuk kulit majalah Vanity Fair! Saya agak terkejut. Anda nampak memukau!” dia menulis.

Billie tidak memberi respons terbuka kepada Selena atau memberi komen mengenai Rare Beauty, namun katanya di Instagram, pembikinan kulit majalah Vanity Fair merupakan salah satu penggambaran kegemarannya setakat ini.

See also
Sekitar Majlis Perkahwinan Nabila Huda

Selena dan Billie merupakan peminat fanatik terhadap hasil kerja masing-masing. Selena pernah berkata, kali pertama mendengar lagu Everything I Wanted nyanyian Billie, dia mengalirkan air mata.

Menurut Billie pula, lagu tema Wizard’s of Waverly Place yang dinyanyikan Selena merupakan inspirasi di sebalik lagu hit Bad Guy.

Dalam wawancara bersama Vanity Fair tersebut, dia berkongsi mengenai dokumentari terbaharu, juga imej tubuh yang mengganggu kesihatan mentalnya sehingga bertindak mencederakan diri sendiri dan mengambil pil kurus seawal usia 12 tahun.

Foto: Steve Granitz/WireImage; David Fisher/Shutterstock

Baca: Selena Gomez Dedahkan Self-Discovery Pencetus Terhasilnya Rare Beauty