Use your ← → (arrow) keys to browse
Anthony Hopkins dalam filem The Father.
Hopkis sememangnya terkenal dengan watak lelaki berusia yang berpengaruh sama ada di layar perak (lakonannya dalam The Two Popes dan The Dresser mendapat pujian banyak pihak) mahupun di kaca televisyen (di mana dia memegang watak penting dalam Westworld musim pertama).
Walaupun lakonannya sebagai warga emas yang menghidap dementia menerusi The Father mendapat perhatian, namun ia bukanlah sesuatu yang baru sehingga perlu dinamakan sebagai calon Oscar. Lebih ramai lagi pelakon muda yang layak bergelar pelakon lelaki terbaik antaranya Daniel Kaluuya dan Lakeith Stanfield. Kedua-dua pelakon berkulit hitam ini hanya tersenarai sebagai pelakon pembantu terbaik menerusi Judas and the Black Messiah, walau hakikatnya mereka melakonkan watak utama.