Seks ketika hamil - Glam Malaysia
seks ketika hamil

Seks Ketika Hamil : Bagaimana Ia Membantu Proses Kelahiran?

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Benarkah seks ketika hamil sewaktu berada di peringkat pertengahan kehamilan lebih ghairah dan membantu proses kelahiran?

Hamil tidak bererti anda tidak boleh melakukan hubungan kelamin. Malah rutin bersama pasangan ini perlu diteruskan walaupun anda sedang berbadan dua. Ada pendapat mempercayai kekerapan melakukannya dapat membantu memudahkan proses kelahiran walaupun selalunya para isteri rasa tidak selesa untuk melakukan hubungan kelamin ketika hamil. Ini mungkin akibat dari perubahan hormon, emosi dan sistem dalaman tubuh kala mengandung.

seks ketika hamil

Foto dari Dreamstime

Walau bagaimanapun, wanita perlu tahu bahawa hubungan kelamin adalah untuk kenikmatan bersama. Oleh yang demikian, tidak sepatutnya anda dan pasangan berasa terpaksa ataupun dipaksa. Untuk pastikan anda benar-benar dapat menikmati keseronokan hubungan seksual ketika hamil, anda perlu tahu hubungan kelamin sedikit pun tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan anda.

Untuk pengetahuan anda semua, bayi dalam kandungan diberikan perlindungan rapi di dalam rahim oleh cecair amniotik dan membran sel selain daripada sokongan padu rahim itu sendiri. Walau bagaimanapun, hubungan kelamin yang dilakukan itu mestilah dengan cara yang lembut agar tidak berlaku sebarang ketidakselesaan ketika anda berdua sedang ‘beraksi’. Ramai wanita mengakui mereka lebih ghairah dan berahi sewaktu berada di peringkat pertengahan kehamilan. Antara faktor yang menyumbang ke arah peningkatan keinginan seksual mereka ialah perubahan fizikal.

See also
Bukan Iklan Percintaan Yang Biasa Oleh Sandy Hook Promise

Si kembar anda misalnya. Perubahan saiz yang berlaku pada payu dara ibu mengandung lazimnya menjadi pemangkin ke arah hubungan seksual yang menghairahkan. Selain itu, alat kelamin turut memberahikan. Alat kelamin wanita hamil biasanya kelihatan sedikit besar daripada biasa. Kesannya, bahagian tersebut menjadi lebih peka terhadap sebarang sentuhan ataupun tekanan. Jadi, tidak hairanlah jika pada ketika inii, wanita lebih cepat bertindak balas terhadap segala rangsangan terutamanya rangsangan seksual. Dan ada sesetengah wanita berkongsi, waktu hamil adalah saat terbaik untuk mereka merasai nikmat sebenar orgasme.