Sekitar Persiapan Perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein
Kerabat Diraja Jordan menjadi perhatian dunia dua bulan lalu selepas Puteri Iman disatukan dengan jejaka pilihan hatinya, Jameel Alexander Thermiotis dalam satu upacara romantis.
Kini kurang dari sebulan, anak sulung Raja Jordan Abdullah II dan Permaisuri Rania, Putera Mahkota Al Hussein pula akan mengahwini warga Arab Saudi, Rajwa Khalid Al Saif. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Ogos 2022 di kediaman bakal pengantin perempuan di Riyadh, disaksikan keluarga kedua belah pihak.
Kala kerabat Diraja Jordan sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan kedua tahun ini, butiran penyatuan Raja Hussein dan tunangnya didedahkan kepada umum. Mahkamah Hashemite Diraja mengeluarkan satu kenyataan mengenainya menerusi Arabian Royal Agency.
“Majlis perkahwinan Duli Yang Maha Mulia Putera Mahkota Al Hussein dan Cik Rajwa Khalid Al Saif akan berlangsung di Istana Zahran, sebelum berarak ke Istana Al Husseiniya. Di sana, jamuan makan malam akan diadakan dan akan ada resepsi tertutup serta jamuan untuk para media.”