Use your ← → (arrow) keys to browse
Untuk menaikkan seri ratu sehari, Jennifer menggunakan khidmat jurusolek selebriti, Mario Dedivanovic yang terkenal dengan riasan magis dan persahabatannya bersama Kim Kardashian.
Jauh daripada konsep riasan Kim yang berkontur, Mario memilih gaya solekan semula jadi dan bercahaya untuk menyerlahkan wajahnya yang sedia cantik dengan sentuhan bibir merah jambu dan pipi yang mekar.
Majlis perkahwinan yang menelan belanja sebanyak RM8.3 juta itu berlangsung di ladang kuda bernilai RM66 juta milik Jennifer di North Salem, New York. Menurut portal Evening Standard, para tetamu dihiburkan dengan persembahan oleh Coldplay dan disajikan dengan hidangan air tangan chef bertaraf Michelin, Jean Georges.