Use your ← → (arrow) keys to browse
Gadis berusia 25 tahun ini jelas mengagumi bakat Vera Wang apabila sekali lagi memilih untuk menyarung gaun rekaan pereka itu untuk majlis besar-besaran yang dihadiri 300 tetamu.
Gaun malam yang disarungnya adalah versi selesa gaun perkahwinannya dan dilengkapi dengan perincian hampir serupa. Ia menampilkan garis leher empat segi dalam tulle nude dan diperincikan dengan renda macrame Perancis pada bahagian skirt.
Jennifer turut menyarung satu lagi gaun putih gading tanpa lengan Vera Wang untuk rakaman foto pra-perkahwinan, sehari sebelum mereka bergelar suami isteri secara rasmi.