Use your ← → (arrow) keys to browse
Jennifer Lopez dan Ben Affleck meraikan penyatuan mereka dalam satu majlis perkahwinan mewah di Georgia, disaksikan ahli keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan itu sah bergelar suami isteri bulan lalu setelah mengikat tali perkahwinan dalam satu majlis rahsia di Las Vegas. Khabar gembira itu diumumkan oleh Jennifer sendiri menerusi surat buletin di laman sesawang On The JLo.
“Kami berkahwin akhirnya. Cinta itu indah. Cinta itu amat baik. Dan rupa-rupanya cinta itu juga kesabaran. Kesabaran 20 tahun.
“Apabila memiliki cinta sejati, satu-satunya perkara yang penting dalam perkahwinan adalah satu sama lain dan janji untuk terus mencintai, mengambil berat, memahami, bersabar, mengasihi dan memberi layanan baik kepada pasangan. Dan kami memiliki semua itu,” tulisnya.