“Saya Kini Bionik” - Katherine Heigl Dedah Isu Kesihatan & Surgeri - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
“Saya Kini Bionik” - Katherine Heigl Dedah Isu Kesihatan & Surgeri

“Saya Kini Bionik” – Katherine Heigl Dedah Isu Kesihatan & Surgeri

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Peminat dan pengikutnya di Instagram kelihatan terkejut dengan pendedahan ini dan tidak putus-putus menitipkan doa agar pelakon ini cepat sembuh. Malah sempat juga peminat Grey’s Anatomy berseloroh di ruangan komen. “Adakah Dr. Meredith Grey yang melakukan pembedahan anda?” tulis seorang netizen.

“Anda sepatutnya tahu apa masalah yang dihadapi. Bukankah anda pakar bedah?” seorang lagi menambah. Ia kemudian disambung oleh seorang lagi peminat, “Di mana pembedahan anda dilakukan? Seattle Press atau Grey Sloan Memorial?”.

Menerusi ruangan kapsyen, Heigl dilihat memberi penghargaan panjang lebar buat pasukan perubatan yang membantunya. “Saya sangat-sangat berterima kasih kepada doktor-doktor dan pasukan perubatan yang telah menyelamatkan saya daripada kesakitan paling teruk yang pernah saya alami dalam hidup.”

Dia turut memberi pujian kepada suaminya, penyanyi Josh Kelley menerusi video yang dimuat naik ketika berada di hospital. Kelley dilihat berjenaka mengenai sinar-x milik Heigl di dalam video tersebut. “Lelaki beginilah yang anda mahukan apabila menghadapi krisis kesihatan,” tulisnya.

See also
Kate Winslet Kembali Mewarnai Televisyen Melalui Mare of Easttown

Foto: NBCU Photo Bank via Getty Images

Baca: Tampil Dengan Wajah Sembap, Gigi Hadid Lakukan Pembedahan Plastik?