Use your ← → (arrow) keys to browse
Berita mengejutkan daripada pelakon Grey’s Anatomy, Katherine Heigl. Dia mendedahkan baru sahaja menjalani pembedahan drastik untuk masalah herniated disc yang dihadapi.
“Saya kini bionik! Dua cakera titanium telah pun dimasukkan ke dalam leher saya. Saya mungkin boleh melakukan headstand selama berjam-jam, tapi saya tidak akan mencubanya sekarang. Beri saya masa beberapa bulan okey, anda pasti akan terkejut,” tulis Heigl mengenai prosedur pembedahan tersebut.
Menerusi satu hantaran di Instagram, dia turut berkongsi beberapa foto penderitaan yang dilalui. Heigl dilihat memakai pendakap leher sambil memegang makanan ringan dalam foto pertama, foto kedua menunjukkan dia tersenyum lebar di atas katil hospital, manakala foto terakhir pula memaparkan sinar-x cakera titanium yang dimasukkan ke lehernya.