Samsung Galaxy Z Flip7: Telefon Pocketable Paling Chic!
Dengan flexwindow 4.1-inci yang terbesar dan teknologi ai terdepan, Samsung Galaxy Z Flip7 menawarkan pengalaman premium yang memadukan gaya, fungsi dan kepintaran dalam satu genggaman.
Dunia telefon pintar telah lama menunggu revolusi yang sebenar dan Samsung Galaxy Z Flip7 hadir sebagai jawapannya. Elemen yang paling memukau ialah FlexWindow baharu berukuran 4.1-inci, yang kini hadir dengan reka bentuk edge-to-edge yang mempersona. Peningkatan dramatik daripada 3.4-inci generasi terdahulu ini bukan tentang saiz, ia tentang pengalaman yang sepenuhnya baharu. Dengan bezel ultra-nipis 1.25mm dan kecerahan setinggi 2,600 nits, skrin penutup ini kini menjadi interface yang benar-benar boleh diguna pakai.

Kepintaran sebenar Galaxy Z Flip7 terletak pada integrasi Galaxy AI dan Gemini Live terus pada FlexWindow. Bayangkan mempunyai pembantu peribadi yang sentiasa sedia membantu, walaupun telefon anda dalam keadaan terlipat. Dari menetapkan peringatan perjalanan hingga mencari restoran terbaik di destinasi impian anda, semuanya boleh dilakukan hanya dengan suara, tanpa perlu membuka peranti.

Fungsi Now Brief pula menawarkan kemaskini harian yang dipersonalisasi dengan bijak, memastikan anda sentiasa termaklum dengan jadual, cuaca dan maklumat penting lain dalam satu pandangan. Ini bukan sekadar kemudahan, ia adalah takrifan semula produktiviti moden.

Dari segi reka bentuk, Galaxy Z Flip7 mencapai keseimbangan sempurna antara mudah alih dan premium. Dengan berat hanya 188 gram dan ketebalan 13.7mm ketika dilipat, ia kekal sebagai Galaxy Z Flip paling nipis setakat ini. Perlindungan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2 dan Armor FlexHinge yang diperkukuh memastikan ketahanan tanpa mengorbankan estetik.

Kemampuan fotografi flagship-level turut menjadi tarikan utama, dengan sistem kamera dual belakang 50MP Wide dan 12MP Ultra-Wide yang memberikan hasil menakjubkan dalam sebarang pencahayaan. FlexWindow kini membenarkan pratonton Real-Time Filters dan Zoom Slider yang intuitif, menjadikan setiap tangkapan selfie sebagai karya seni. Bateri 4,300mAh yang terbesar dalam siri Galaxy Z Flip dan memberikan daya tahan seharian dengan 31 jam masa main balik video. Diperkasakan pemproses 3nm terkini dan One UI 8, prestasi yang disampaikan adalah luar biasa.
Artikel Berkaitan: Samsung Galaxy Z Fold7: Revolusi AI Pintar Pilihan GLAM
Aizat Aidid
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandungan dinamik yang mengangkat nadi gaya aspirasi sekarang. Visinya nan elegan dan progresif terus mendefinisikan wajah baharu generasi semasa.

