Use your ← → (arrow) keys to browse
Rose baru sahaja membuktikan bahawa dia memiliki segala yang diperlukan bukan sahaja untuk berjaya sebagai penyanyi solo, malah untuk mendominasi carta muzik.
Rekod yang dipegang Rose tidak terkira banyaknya. Dia menjuarai World Music Awards, Billboard Global 200, iTunes, Billboard Global dan menerima pujian menggunung daripada peminat dan pengkritik. Ternyata tiada apa yang mampu menghalang penyanyi K-Pop berusia 24 tahun ini untuk terus menawan industri muzik antarabangsa.
Ketika penyanyi kumpulan lain mengambil risiko untuk menempa nama sebagai artis solo dengan keringat sendiri, perjalanan Rose dilihat sangat mudah, bagaikan burung terbang laju ke kemuncak.
Agensi pengurusannya, YG Entertainment mengeluarkan satu kenyataan Disember tahun lalu dan memohon maaf kepada peminat di atas kelewatan menerbitkan lagu penyanyi itu.
Orang ramai mula membuat tanggapan bahawa Rose mengalami kesukaran untuk meneruskan kerjaya solo, namun hakikatnya bukan itu yang berlaku. Kelewatan ini disebabkan keputusan yang dibuat untuk mengeluarkan keseluruhan album, bukan hanya beberapa lagu.