Rimowa Dan Fotografi; Satu Tanda Buat Wanita - Glam Malaysia

Rimowa Dan Fotografi; Satu Tanda Buat Wanita

RIMOWA bersama-sama dengan empat jurugambar berbakat di seluruh dunia, meraikan wanita melalui fotografi

Bersama-sama dengan empat jurugambar berbakat di seluruh dunia, RIMOWA meraikan wanita melalui fotografi bersama anda, dan dengan mesra menjemput anda untuk merenung kembali kenangan perjalanan lampau dan berasa terinspirasi oleh dunia fotografi melalui lensa mereka.

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, kita sering terperangkap di tengah-tengah kesibukan, dan apabila ini berlaku, kita cenderung kehilangan hubungan antara satu sama lain dan diri kita sendiri. Walau bagaimanapun, sekiranya kita mengambil masa untuk berehat dan benar-benar memerhati perkara paling mudah di sekeliling kita. Dapat  belajar sesuatu tentang diri, orang di sekeliling dan juga objek harian yang lihat.

Mereka mendapat inspirasi melalui penerokaan tempat dan orang baharu. Menghargai fotografi visual yang jelas dan kaya serta menyelami diri anda di luar sempadan akan membawa pengalaman ke tahap baharu. Kekal kreatif dan penuh harapan seperti jurugambar berbakat ini yang telah mentakrifkan semula makna perjalanan mereka. Terokai karya menakjubkan daripada siri baharu #NewHorizons bersama Anouk Brouwer dan Leeroy Kim, dan ‘The Homecoming’ oleh Mees Peijnenburg.

See also
Retorik - Trend Bapa Jaga Anak

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tokyo, bersama Anouk Brouwer

Anouk Brouwer adalah seorang jurugambar dari Belanda dan kini berpangkalan di Tokyo. Dia sentiasa mencari cara yang penuh perasaan untuk mengekspresikan dirinya melalui kerja kreatifnya, dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menceritakan kisahnya sendiri, dengan menterjemah dunia dalamannya melalui tubuh manusia subjeknya. Siri #NewHorizons ini diilhamkan oleh perjalanannya bersama rakan-rakannya ke Ryokan, rumah penginapan tradisional Jepun dan pengembaraan berkelah sambil menikmati musim gugur yang indah.