Use your ← → (arrow) keys to browse
Yakin Berkongsi Rancangan Untuk Menguasai Dunia
Lama sebelum mengeluarkan lagu-lagu popular dengan barisan pemuzik terkenal seperti Calvin Harris dan Drake, Rihanna berkongsi rancangannya untuk mendominasi dunia muzik menerusi satu wawancara bersama majalah InStyle pada Ogos 2008.
“Saya masih mahu melakukan apa yang saya lakukan sekarang ini tetapi dalam kapasiti lebih besar – dengan izin Tuhan,” katanya mengenai bagaimana muzik akan membantunya untuk menguasai dunia.
Namun dengan aspek kehidupan peribadi dan kerjaya yang semakin berkembang, peminat masih ternanti-nanti muzik terbaharu daripada Rihanna. Kali terakhir dia melancarkan album adalah pada 2016.