Use your ← → (arrow) keys to browse
Ketika mendapat gelaran bilionair buat kali pertama pada 2017, Rihanna berkongsi perasaannya kepada New York Times mengenai pencapaian kewangannya.
“Wang saya bukanlah untuk diri sendiri; ia adalah untuk membantu orang lain yang memerlukan. Dunia ini boleh membuatkan anda meletakkan keutamaan pada perkara yang salah, dan membuatkan anda terlupa tentang teras kehidupan, apa tujuan sebenar anda hidup,” katanya.
Selain Rihanna, beberapa selebriti terkenal yang turut disenaraikan tahun ini termasuk Taylor Swift dengan nilai kekayaan RM2.52 bilion, Beyonce dengan RM1.99 bilion, dan Kim Kardashian dengan RM7.96 bilion.
Jumlah kekayaan ibu kepada seorang cahaya mata itu dijangka meningkat seiring pelancaran album terbaharunya tidak lama lagi. Kali terakhir dia mengeluarkan album adalah pada tahun 2016 berjudul Anti.