Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang kelahiran Barbados, Rihanna dinobat sebagai self-made billionaire wanita termuda Amerika Syarikat pada usia 34 tahun.
Perkara itu diumumkan oleh majalah perniagaan Forbes baru-baru ini yang turut mendedahkan nilai kekayaan bersih Rihanna iaitu sebanyak RM6.19 bilion.
Pelantun Umbrella itu mengikut jejak langkah mogul kecantikan, Kylie Jenner yang berjaya mengungguli gelaran tersebut pada 2019. Nilai kekayaan pengasas Kylie Cosmetics itu kini berjumlah RM2.65 bilion.