Riadah Hujung Minggu Sempurna Dengan Samsung Galaxy Z Flip4
Setelah seminggu berpulun kerja, hujung minggu pun kian tiba. Luangkan masa untuk diri sendiri langsung memberi ketenangan jiwa. Sejujurnya, riadah hujung minggu menjadi lebih bermakna kerana adanya Samsung Galaxy Z Flip4 bersama saya.
Setiap kali tibanya Jumaat, penghujung hari, hati ini sudah tidak sabar sekali. Memikirkan esok apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk merehatkan diri. Hujung minggu menjadi lebih menarik kerana saya punya Samsung Galaxy Z Flip4 bersama saya. Jadi semangat untuk mengambil gambar itu lebih kerana saya tahu dengan telefon ini, segalanya mudah. Percayalah.
Perfect weather! Tidak terlalu panas membolehkan saya bersiar-siar di luar dengan lebih lama. Kalau sebelum ini saya perlukan sesuatu bagi mimik kepada tripod untuk membolehkan telefon pintar saya berdiri tegak mengambil gambar OOTD saya dengan sempurna, kini tidak lagi. Samsung Galaxy Z Flip4 sudah memberikan saya segalanya. Letakkanlah di mana sahaja, ia mampu duduk sendiri kerana reka bentuknya yang cukup fleksibel sekali.
Biar saya ceritakan lagi kehebatan telefon pintar ini. Samsung Galaxy Z Flip4 beri kepuasan untuk saya #FlexEveryAngle dalam bergambar OOTD. Baik daripada sudut atas, tengah mahupun bawah, telefon pintar ini mampu berikan segala sisi gambar yang saya mahukan. Ia mampu dikepak dan dilipat dalam apa jua darjah dengan stabil dan kukuh.
FlexCam Untuk Pengalaman Swafoto Terbaik
Bukan itu sahaja, saya mampu merakam gambar tanpa perlu bersusah-payah untuk menekan butang timer. Ini kerana fungsi FlexCam sudah sedia aktif setiap kali aplikasi kamera dibuka. Hanya perlu mempamer tapak tangan dengan lima jari terbuka luas sudah boleh mengaktifkan fungsi timer tersebut.
Saya bangga dengan kecanggihan telefon pintar ini kerana hasil swafoto saya tampil berkualiti tinggi! Walaupun hanya diambil melalui skrin paparan depan, kualitinya langsung tiada kurang dengan kamera utama. Dengan teknologi Quick Shot, saya hanya perlu menekan dua kali butang sisi telefon atau menggunakan pengesan cap jari sahaja untuk mengaktifkan kamera ini. Paling menarik, boleh juga leret ke kiri atau kanan untuk mengubah jenis kamera, sama ada potret, foto ataupun video. Sangat mudah!
Anda mesti tahu bahawa, walaupun anda mengambil gambar jenis potret melalui skrin paparan depan, kualitinya langsung tidak berubah, malah turut dinaiktaraf teknologi kameranya yang dilengkapi dengan 65 peratus lebih terang dikuasakan oleh Snapdragon® 8+ Gen 1. Maka, gambar tetap cantik baik di ambil pada sebelah siang mahupun malam.
Kuasa Bateri Menakjubkan!
Salah satu perkara yang saya yakin dengan telefon pintar ini adalah baterinya yang Sudah dinaiktaraf lebih baik berbanding versi sebelum ini. Terkini, Samsung Galaxy Z Flip4 ini memiliki kapasiti sebanyak 3,700mAh, membolehkan saya menggunakan telefon ini sepanjang hari tanpa risau bateri tiada. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi teknologi Super Fast Charging di mana dalam masa 30 minit, telefon pintar ini mampu mengecas sehingga 50 peratus kuasa bateri. Memang menakjubkan!
Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip4 sekarang dan nikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1298. Promosi tempahan Bermula 2 September hinggan 31 Oktober 2022. Tertakluk pada terma dan syarat.
Pautan Berkaitan: SAMSUNG Memperkenalkan Peranti Serbaguna Galaxy Z Fold4