7 Restoran Citarasa Nusantara Terbaik Sekitar Lembah Klang Yang Wajib Anda Cuba
Lembah Klang bukan sahaja menjadi pusat gaya hidup dan hiburan, tetapi juga medan kulinari yang sentiasa berkembang dengan kehadiran pelbagai restoran citarasa Nusantara yang memukau. Dari hidangan Melayu penuh tradisi hingga sentuhan moden dari seluruh rantau Asia Tenggara, setiap restoran membawa personaliti tersendiri yang merayakan rasa, budaya dan kenangan yang melekat pada setiap suapan.
Apa yang menjadikan senario kulinari di sini lebih menarik ialah kemunculan nama-nama baharu yang terus menyemarakkan dunia gastronomi tempatan. Antaranya, kehadiran Rembayung, restoran terbaharu oleh Khairul Aming, yang cukup dinanti ramai sejak awal pengumuman pelancarannya. Dengan reputasinya yang kuat dalam dunia makanan, kemunculan Rembayung menambah satu lagi destinasi menarik untuk pencinta makanan Nusantara, sekali gus membuktikan bahawa citarasa warisan sentiasa relevan, malah semakin diraikan.
Sama ada anda ingin menikmati hidangan Melayu tradisional yang membangkitkan nostalgia, menikmati cita rasa Indonesia yang kaya rempah, atau merasai interpretasi moden masakan Nusantara dalam suasana lebih eksklusif, Klang Valley menawarkan segalanya. Dalam panduan ini, kami himpunkan restoran-restoran pilihan yang bukan sahaja enak, tetapi memberikan pengalaman makan yang benar berjiwa dan bermakna.
1. De.Wan 1958 by Chef Wan
Jika anda mencari pengalaman makan yang elegan tetapi tetap menghormati tradisi Melayu, De’Wan 1958 adalah jawapannya. Dikendalikan oleh Chef Wan sendiri, menu di sini menampilkan hidangan ikonik seperti rendang penuh rempah dan masakan klasik dengan gaya kontemporari.
Alamat: The LINC KL & juga cawangan Bangsar Shopping Centre
Telefon: 03-7890 6016
Instagram: @dewan1958bychefwan
2. Bijan Bar & Restaurant
Bijan sudah lama dikenali sebagai salah satu restoran Malay fine dining kegemaran ramai. Suasananya tenang dan eksklusif, sesuai untuk makan malam romantik atau malam istimewa bersama insan tersayang. Hidangan klasik dan sambal yang kaya rasa pasti buat anda teringat sampai ke rumah.
Alamat: 3, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur
Telefon: 03-2031 3575
Instagram: @bijankl
3. Cili Kampung • Hartamas / Cili Kampung – Suria KLCC / Cili Kampung • 1Utama – Restoran citarasa nusantara patut cuba
Cili Kampung adalah pilihan tepat untuk yang rindu keaslian masakan kampung. Dengan beberapa cawangan popular di Hartamas, Suria KLCC dan 1Utama, tempat ini terkenal dengan lauk pauk yang “kena” pada selera tempatan dan sambal pedas yang menyengat.
Alamat: Banyak cawangan termasuk Hartamas Walk, Suria KLCC dan 1 Utama
Telefon: +6014-965 6124 (Hartamas)
Instagram: @cilikampungmy
4. Warung Eropa • The Exchange TRX
Terletak di The Exchange TRX, Warung Eropa membawa anda menikmati rasa Indonesia, khususnya hidangan Bali yang kaya rempah. Bebek goreng, nasi campur dan hidangan tradisi lain dipersembahkan dalam suasana yang santai namun bergaya, sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam bersama rakan.
Alamat: Tun Razak Exchange, Station Foyer, Level 2, Persiaran TRX, Kuala Lumpur
Telefon: +6016-709 2998
Instagram: @warungeropakl
5. Open House – Restoran citarasa nusantara patut cuba
Open House membawa pendekatan moden kepada masakan Malaysia klasik dengan keselesaan suasana yang hangat. Konsepnya membuatkan anda rasa seperti dijemput ke “rumah terbuka” penuh pilihan makanan warisan dan rasa yang jujur.
Alamat: 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur
Telefon:+6019-299 0032
Instagram: @openhousemy
6. The Majapahit @ Arcoris
Terletak di Arcoris Mont Kiara, The Majapahit menyajikan gabungan hidangan Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam satu menu. Pilihan makanan di sini sesuai dikongsi bersama, idea terbaik untuk jamuan santai bersama keluarga atau kumpulan rakan.
Alamat: Lot G8, G9 & G10, Arcoris Mont Kiara, Jalan Kiara, Kuala Lumpur
Telefon: +60 3-6411 7097
Instagram: @themajapahitmy
7. Dancing Fish – Restoran citarasa Nusantara berbaloi cuba
Dancing Fish sememangnya tidak asing lagi dalam dunia kulinari tempatan. Sejak dibuka pada tahun 2010, restoran ini dikenali dengan hidangan gabungan Melayu dan Indonesia yang penuh rasa, menggunakan bahan segar serta bebas MSG. Menu di sini cukup menggoda selera, tetapi hidangan yang wajib dicuba sudah tentu signature mereka iaitu Dancing Fish. Seekor ikan disalut dengan ramuan herba dan rempah, digoreng garing sehingga sempurna, kemudian dihidangkan bersama sambal dabu-dabu yang menyempurnakan setiap suapan. Rasa rangup, pedas, masam dan manis bergabung menjadi satu pengalaman makan yang sukar dilupakan.
Alamat: Lot T120 & T121, Tingkat 3, Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2095 6663
Instagram: Dancing Fish Malaysia
Daripada pilihan klasik Melayu sehinggalah ke cita rasa Asia Tenggara yang lebih luas, senarai restoran citarasa Nusantara ini menjanjikan pengalaman makan yang penuh cerita, rasa dan kenangan. Klang Valley sememangnya destinasi terbaik untuk meneroka rasa yang tak mudah dilupakan — dan setiap tempat mempunyai keunikannya sendiri untuk dicuba!
Artikel berkaitan: 5 Restoran Jepun Dengan Ochazuke Terbaik KL & PJ Mesra Muslim Patut Cuba
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

