Use your ← → (arrow) keys to browse
Walau nilai kekayaan peribadi melebihi RM2.3 bilion, Ratu Elizabeth II hanya akan disemadikan bersama dua barang kemas kesayangannya.
Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhirnya sambil dikelilingi kerabat Diraja terdekat pada 8 September lalu di Istana Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun.
Majlis pengebumian dijadualkan berlangsung di Westminster Abbey pada 19 September dan dijangka menjadi upacara persemadian Diraja terbesar yang pastinya tidak pernah ditonton oleh dunia sebelum ini.
Ketua komunikasi Natural Diamond Council, Lisa Levinson berkata, kemungkinan besar Ratu Elizabeth hanya akan disemadikan bersama sepasang subang mutiara kesayangannya dan cincin emas perkahwinan yang diwarisi daripada ibunya, Ratu Elizabeth The Queen Mother.