Use your ← → (arrow) keys to browse
Best Cinematography
Judas and the Black Messiah Mank News of the World Nomadland The Trial of the Chicago 7
Siapa bakal menang: Nomadland
Sekali lagi! Filem dengan sentuhan dokumentari yang turut memaparkan pemandangan indah ini dirakam dengan cukup sempurna oleh DP Joshua James Richards.
Siapa sepatutnya menang: Sukar untuk menonton filem Mank tanpa mengiktiraf teknik rakaman yang digunakan Erik Masserschmidt. Ia memberi penghargaan kepada filem Citizen Kane arahan Orson Welles dan membawa penonton kembali ke dunia Hollywood pada awal tahun 40-an.
Siapa mungkin membuat kejutan: Kemenangan Sean Bobbitt Judas and the Black Messiah pasti memberi kejutan menggembirakan. Beberapa babak filem tersebut memaparkan rakaman paling indah yang pernah dilihat penonton untuk tahun ini.