Ralph Lauren Home Mempersembahkan Koleksi Rumah Modern Driver
Jenama fesyen Ralph Lauren memperkenalkan koleksi Modern Driver di dalam Ralph Lauren Home ketika Minggu Rekaan Milan 2024 yang lalu.
Diilhamkan oleh minat Ralph Lauren yang sudah lama terhadap keindahan automobil, Ralph Lauren Home dengan bangganya memperkenalkan koleksi Modern Driver untuk Musim Luruh 2024. Koleksi ini diperkenalkan semasa Minggu Rekaan Milan yang lalu. Koleksi gaya hidup ini merupakan ekspresi keaslian yang digabungkan dengan rekaan moden, dipersembahkan di palazzo elegan Ralph Lauren di kota Milan. Dipamerkan di tingkat satu Palazzo Ralph Lauren, Modern Driver membawa tetamu ke suasana yang canggih dan kosmopolitan. Barisan perabot moden dikelilingi oleh panel mahogani yang kaya dan dinding yang dilapisi dengan kapas berona kelabu arang yang halus. Perabot-perabot ini mencipta suasana bandar yang elegan namun mesra.
Sebagai salah seorang pengumpul kereta yang terkenal, Ralph Lauren memiliki koleksi yang besar termasuk beberapa automobil yang hebat seperti Bugatti Type 57SC Atlantic Coupe 1938, Blower Bentley 1929, dan Mercedes Benz 300 SL Gullwing Coupe 1955. Setiap model mempunyai makna peribadi sebagai objek seni yang dihargai dan sumber inspirasi bagi falsafah rekaannya. Perabot dalam Koleksi Modern Driver menggunakan bahan seperti kayu burl dan mahogani, keluli tahan karat yang digilap, dan karbon fiber. Gabungan ini mempunyai perincian yang sempurna untuk memberi penghormatan kepada gaya dan keanggunan reka bentuk automobil.
Koleksi Barangan Rumah Modern Driver
Koleksi musim luruh kali ini mempersembahkan era baru untuk kerusi ikonik RL-CF1 yang menjadi tumpuan utama koleksi ini. Kerusi RL-CF1 diinspirasikan oleh kereta lumba McLaren F1 milik Lauren sendiri. Diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai tanda inovasi dan teknologi, kerusi RL-CF1 menampilkan teknologi tinggi fiber yang membentuk kereta lumba Formula 1 dengan 71 lapisan karbon. Material ini diletakkan untuk membentuk rangka julur yang dramatik, ringan namun sangat kuat.
Penggunaan kreatif karbon fiber juga dimasukkan dalam Dining Chair RL-CF1. Dining Chair RL-CF1 menampilkan kulit pelana yang mewah dan berkilau seperti Lounge Chair. Carbon Fiber Side Tables yang baru juga ditawarkan dalam siluet segi empat dan bulat dengan rak rosewood. Nesting Turner Tables yang terbaru mengingatkan reka bentuk automobil dengan mahogani berluver dan trim keluli tahan karat yang digilap dengan perincian paku.
Perabot berlapis Modern Driver dilengkapi dengan bahan yang mewah seperti kapas, suede, dan kulit, termasuk Durham Chaise. Perabot ini dilapisi dengan kapas dari Itali berona kelabu arang dengan piping kulit dan perkakasan buckle. Ia mengingatkan kepada beg Ricky yang ikonik. Selain itu, Hudson Street Lounge Chair yang klasik dengan kulit pelana yang berkilat.
Barangan Katil Diinspirasikan Oleh Koleksi Pakaian Lelaki
Linen katil dan perhiasan yang diinspirasikan oleh corak pakaian lelaki dengan rona coklat, kelabu asap dan hitam memberi semula Modern Driver visi untuk hidup. Blakeley Duvet dan Standard Sham berona kelabu arang menampilkan corak windowpane diilhamkan dari pakaian lelaki dan corak herringbone halus. Item ini kemudian dipadankan dengan Ellerston European Sham dan Bed Blanket verona hitam kashmir. Barang-barang ini diilhamkan oleh pakaian dari koleksi bedding Heritage Icons. Perhiasan yang menambah efek kemewahan ditawarkan dalam rona hitam dan coklat, termasuk Thomson Shearling Throw Pillow dan Blanket. Pierce Throw Pillow yang diilhamkan oleh dalaman automobil dengan kulit yang dilubangkan dan zip RL berwarna perak nikel, serta Bryson Throw Pillow yang diperbuat daripada kulit dengan monogram RL.
Dari hubungan kuat Modern Driver hingga kemahiran tangan Itali, Ralph Lauren meneruskan kehadiran khasnya semasa Minggu Rekaan Milan. Modern Driver adalah koleksi pertama yang diperkenalkan di bawah kerjasama strategik baru antara Ralph Lauren dan Haworth Lifestyle Design. Haworth Lifestyle Design merupakan pemimpin yang diiktiraf dalam reka bentuk, pembuatan, dan pengedaran perabot mewah. Kerjasama ini meraikan komitmen bersama terhadap kemahiran tangan yang indah dan kualiti, serta menawarkan gaya abadi Ralph Lauren sambil memanfaatkan kepakaran Haworth Lifestyle Design.