Use your ← → (arrow) keys to browse
Tiga bulan mengambil alih tampuk pemerintahan, Raja Charles dilihat sibuk melakukan perubahan dalam keluarga Diraja Britain.
Beberapa hari lalu Istana Buckingham mengumumkan Raja Charles telah memberi gelaran baharu kepada Kate Middleton, Putera William dan Permaisuri Camilla sekali gus mendedahkan tarikh sambutan ulang tahun kelahirannya yang dikenali sebagai Trooping the Colour.
Kate kini secara rasminya bergelar Colonel of the Irish Guard, gelaran yang sebelum ini disandang oleh suaminya. Memandangkan jawatannya diambil alih oleh Puteri Wales, Putera William dilantik pula sebagai Colonel of the Welsh Guards.
Raja Charles turut mengumumkan bahawa Permaisuri Camilla akan berkhidmat sebagai Colonel of the Grenadier Guards, jawatan yang sebelum ini menjadi milik Putera Andrew.