Use your ← → (arrow) keys to browse
Tarikh pertabalan Raja Charles juga merupakan hari istimewa buat Putera Harry dan Meghan Markle kerana cahaya mata sulung mereka akan menyambut ulang tahun keempat pada hari sama. Archie Harrison Mountbatten-Windsor dilahirkan pada 6 Mei 2019 di London.
Segelintir netizen melihat ‘kebetulan’ itu sebagai percubaan kejam untuk mengalih tumpuan dunia daripada putera pasangan Sussex, manakala yang lain melihatnya sebagai isyarat manis daripada monarki kerana memilih untuk melangsungkan istiadat pertabalan pada hari lahir cucundanya.
Memandangkan Duke dan Duchess of Sussex tidak lagi bergelar anggota kanan keluarga Diraja, tidak dapat dipastikan sama ada mereka akan menghadiri upacara tersebut untuk memberi sokongan kepada Raja Charles atau menyambut ulang tahun kelahiran Archie di Amerika Syarikat.