Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut Bloomberg, istiadat pertabalan baginda akan dijalankan dalam satu upacara yang lebih kecil berbanding istiadat mendiang ibundanya, Ratu Elizabeth pada Jun 1953.
Bagi mengurangkan perbelanjaan istana, durasi pertabalan akan dipendekkan dari tiga jam menjadi satu jam dan jumlah tetamu akan dikurangkan daripada 8,000 kepada 2,000 orang sahaja.
Mendiang Ratu yang merupakan monarki paling lama memerintah Britain hanya berusia 27 tahun ketika diangkat sebagai Permaisuri dalam istiadat penuh bersejarah di Westminster Abbey.
Raja Charles pula bakal berusia 74 tahun apabila dimahkotakan secara rasmi dalam upacara yang menggabungkan tradisi lama dan moden pada tahun hadapan, menjadikannya pemerintah paling tua ditabalkan di Britain.